Sunday, July 14, 2013

☛ ramadhan, trial and.. ☚


Assalamualaikum and hi hi hi! :-) 


       Lamanya aku tak update blog, mesti rindukan nak baca cerita aku kan haha K tahu dah. Btw ceria tak gambar aku yang kat atas tu? ceria kan? dan nampak comel sikit je, tu waktu dalam kereta akak, pinjam cermin mata dia jap, pastu ambil gambar, mwhehehe. K macam lari topik tapi takpelah.

       Balik pada topik (1) , ahlan wasahlan ya ramadhan :) alhamdulillah kita dapat merasa ramadhan untuk tahun 2013 ni, harap ada lagi untuk tahun depan InshaaAllah. Act aku suka sangat bulan ni sebab yeah.. bulan penuh keberkatan kan, bulan yang ditunggu tunggukan oleh umat Islam semua. bila bulan puasa, dapat bersahur, berbuka, makan sama sama dengan ahli keluarga semua, kalau macam bulan yang lain, mesti makan tak sama, ada yang makan kat depan tv lah, makan lambat lah, taknak makan lah, tapi kalau bulan ramadhan, semuanya sama sama, Ya Allah mesti mestilah suka kan? dapat berkumpul ahli keluarga :'> dan! dan! dapat solat terawih, pergi bazaar ramadhan, ada malam lailatul qadar, wah wah hihihi. sukanya. Lelaki puasa biar penuh okay? malulah kalau tak penuh, adik aku yang umur 9 tahun tu pun pandai puasa, ni kan korang? malu tau, puasa penuh okay. Tapi kalau perempuan, ada sebab sebab tak boleh puasa penuh, tak apa, Allah sayang kaum hawa, dia bagi cuti hehehe x) tapi! perempuan walaupun tak puasa, sila hormat orang yang berpuasa okay? jangan makan pula depan dieorang :)

      (2) Trial pmr dah nak dekat and I just like omg omg seriously? ;( tak ready lah, takut dan berdebar debar, kena buat elok elok kan, mana boleh main main, family letak harapan yang tinggi, takkan nak hampakan dieorang dengan result yang teruk, InshaaAllah. Tak boleh janji nak dapat semua straight A's tapi aku akan buat yang terbaik :) kena usaha lebih, Pmr pun tak lama lagi, dah bawah 100 hari, Allah, cepatnya masa berjalan, tak sedar pun, tak rasa pun yang sekarang dah bulan 7. sekejap sangat, tapi nak buat macam mana kan, kita mana boleh hentikan masa hahaha. Doakan aku okay? doakan aku berjaya. Tau tau? terima kasih :*

      (3) hehehehe aku rindu kampung ;( aku nak balik melaka, aku rindu sedara aku kat sana, rindu rumah nenek, rindu semua benda, nak berbuka puasa sama sama, tapi rasa macam ayah tak balik je waktu bulan ramadhan ni, hm okaylah aku pun kena faham juga, orang bekerja kan, mana boleh nak cuti sesuka hati, kalau nanti minta cuti untuk balik kampung, nanti raya tak dapat cuti, eh lagilah, raya kena balik!! kena balik!! nak beraya kat kampung, hm aku nak tinggal kat kampung lah, nak tinggal kat melaka, nak duduk dekat dengan sedara mara kat sana :( aku rindu. hm. Tapi aku takut nak tinggal sana tapi nak juga tapi.., ah dah kenapa banyak tapi tapi haha lol. Aku nak duduk dekat family, lagi best, kalaulah family aku semua pindah melaka, confirm best hehehehe berharap sangat!

Okaylah sampai sini je kut cerita aku haha okay bye. thanks baca xx jumpa lagi okay? assalamualaikum :-) jaga diri. jaga iman, jaga akhlak, jaga solat, jaga nafsu.